|
Wednesday, November 25, 2009
Badan Kita Perlukan Air Secukupnya ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia
bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang
berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu
jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap
empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara
normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya. Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh
mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi
kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400
mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air
kecil. Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses
semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan. Minum air sekurang-kurangnya Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang
alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan
yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47
peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14
peratus). Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long,
kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh
menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab
munasabah. Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita
kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan.
Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk
darah). Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan
satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan,
bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih
dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan. “Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid
urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan
untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana
kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan
toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini. “Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan
kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh
mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis. “Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan
kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel
di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat
makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Air untuk buang lemak Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air
kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan
metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat
dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10
gelas air kosong sehari. Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’.
Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat
ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara
di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak
hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan. Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah
minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh
menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak
mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya
disimpan sebagai lemak tidak timbul. Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap
kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara
tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak. Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak.
Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan
pembakaran tenaga. Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal
bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti
biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai
lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk. Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis
mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh
minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan
terlalu banyak air. Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap
berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan
mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik
mengeluarkan air berlebihan. Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang
tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh
kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua
kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi
atau tegasan air. “Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak
bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita
berasa kembung kerana badan “Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari
badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan,
contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh
menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar
mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca. “Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara
meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika
bekerja. “Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu
setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja
baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,”
katanya. Badan kehilangan air melalui: Pernafasan (1 gelas air - 14 peratus) Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus) Peluh ( 2 gelas air - 34 peratus) Najis (1/2 gelas air - dua peratus) Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya
lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. Sumber : Harian Metro Sunday, November 22, 2009
Ketika Cinta Bertasbih "Kebenaran itu dari Rabb-mu, maka janganlah kamu menjadi orang yang ragu-ragu" Surah Al 'Imran : 60 Friday, November 20, 2009
Berjalan-jalan Tuesday, November 17, 2009
Tahajud Cinta Ari
ni masuk miting. Die
dok kenyut² mulut. Terperasan
bende bersinar. Ohhh
dia pakai braces. Kite
pasti umor die mid 40s ke atas. Tak
munkin 3 series apalagik 2 series So
pas ni kalo ada org tanya kite asal skrg baru nak pakai, kite bole ckp “sblm ko tanya kite, baik ko tanya ah so itu”;p Kite
rasa skrg ada 2 staff je pakai braces dlm satu kampus ni.heheheh. Student?
Huh! Ramaiiiiiiiiinyeeeee yg pakai. Kaya
sungguh mereka. Tak,
ni bukan miting dental. Kite
pon tak tau apa punye habit kite ada. Dok
tgk gigi org je skrg. Oh
doctor gigi muda tgh buat haji. Tp
doc dok sedapkan ati kite ckp gigi kite keep on moving to the right place. Tp
kalo getah dah keras, definitely die dah tak tarik. Apa
nak buat. Tunggu
jugak la die balik. Wiken
sgt busy. Busy
melayan siti nurhaliza.hehehhe Saida
jugak ada maupon saerah. Oh
dato k pon ada jua. Anak
kacaknye semestinye lah! Hehehhe. Sunday, November 08, 2009
Saving “Saving spore ko ada lagik?” “Huh. Dah lama dah abisss” “Hahahahah” Kite
jumpe hosmate spore kite. Beborak niaga. Die nak tau detail apa bende yg kite
buat.We met up and talked and bebuat la apa yg patut. Kite
kadang2 terpk apasal kite buat apa yg kite buat skrg. Kite tau, kite yg dulu
takkan buat apa kite yg skrg buat. Kite tau kite yg dulu mmg cukup menyampah
dgn apa kite yg skrg buat. Kite tau kite yg dulu sgt skeptical gile dgn bisnez
kite skrg. Kite tau kite takde critical commitment lain selain kete and a bit
of 25% loan belajar yg kene bayar balik. Kite tau saving kite yg kite bawak dr
spore cukup utk buat depo umah, alhamdulillah. Tp
kite jugak sedar duit saving kite kalo ditarah akan lama2 habis. Kite mmg sedar
sgt gaji kite dekat sini beza seganda dr gaji kite dekat spore. Org
ckp kite kene hilang sesuatu bende then only kite sedar akan kebaikan die. Dlm
cite kite, kite hilang nikmat gaji2007, gaji rate spore. Selama
setaun kite dah biasa dpt income seganda dr apa yg kite dpt dekat msia. Selama
setaun gak kite merasa deduct duit gaji yg byk utk masuk saving. Selama
setaun jugak la kite merasa memborong buku dekat mph sampai beratus setiap kali
pegi. Selama
setaun kite tak rasa sesak duit, malah duit berlebih. Munkin jugak sbb kite dah
terbiasa beli bende tak mahal..uhuuhuhuh, jadi advantage di situ. Tp
bile bekeja balik dekat sini, kite tak munkin bole request gaji sama dgn
converted gaji sgd. Apa yg kite dpt sebulan hanya separuh dr apa yg kite dpt
masa 2007.Nak berpiknik dekat mph pon berpk 10 kali. In fact mph fair dekat IMU
pon kite rasa sayang nak belanjakan 100. Saving, tgk musim.Tp lebih byk musim
gersang jer. So
im actually degrading my life, when I should be upgrading it! Atau dgn kate
melayunye sepatutnye hidup ni perlu makin maju bukan makin mundur. Walopun kite
takde commitment byk, tp kite ralat bila ckp pasal bab saving. Rasa loser gile
sbb saving makin kering bukan makin menambah. Kite duduk dlm comfort zone lama sgt. Selesa sampai
terleka. Mak kite mmg dah lama suruh beli rumah. Seawal taun pertama keje. Taun
kedua kite beli. Tp due to unforeseen reasons umah tu tak dpt, maybe bukan
rezeki.So lps 5 taun keje, dah high time sgt kene ada umah. Kene mula kumpul
harta. Mak kite ckp tgh muda ni usaha Selain kesedaran pasal gaji yg berkurang seganda,
reason lain kite bebiznes skrg ialah sbb kite mmg dah set in mind by 30 kite
kene ada biz sendiri. Income kite bkn dr makan gaji semata, tp semestinye
bisnes usaha sendiri. Bile kite pertama kali pegi talk bisnes ni, kite
terpk, org berpangkat dato gomen pon buat, apa lagik la kite yg mmg staff biasa
private yg takde pencen. Manager bank pon buat, apa lagik kite yg mmg staff
biasa yg gaji jauh beza dgn manager. Kalau tukang kebun skolah bole buat, mesti
kite bole buat. Kalau pemandu teksi buat, takkan kitetak mampu nak buat? Apa yg sama dgn kite dulu and skrang ialah kite
suke uwang.Dulu kite dan selamanya kite mmg suka uwang. Korang suka tak? Hidup ni perlu ada matlamat yg jelas. Kerjakan
tenaga semasa muda, semasa tenaga masih byk. Hidup ini tak perlu terlalu
selesa. Sedikit pressure akan tingkatkan momentum kite utk memperbaiki taraf hidup.
Hidup single bukan bermakna enjoy semata sampai terleka. Planning hidup itu
penting sbb usia makin bertambah. Kite tak nak di penghujung 2series kite tak
berharta. Hidup ini perlu blaja utk positive. Jgn hidup ber”kalau”
kerana seperti kurang percaya pada qada qadar. Qada qadar perlu dipercaya bukan
dikorek sampai sendiri tak tentu hala. “Allah dah ckp 9/10 punca rezeki dtg
drpd berniaga…salah siapa kalau kite pilih rezeki 1/10 dgn makan gaji?” Dr tak suke jadi suka Dr benci jadi jatuh cinta Semoga dr biasa menjadi kaya raya Insyaallah, amin.. ini adalah doa kita:D
|
|
Info: • Syarikat sudah 34 thn in the market • Anugerah 200 SMI TERBAIK Asia Pasifik •Sykt dlm BSKL sejak 6 Dec 1996 (1st Board Okt 2007) • Anugerah Perdana Menteri Gerak Usahawan Nasional 2007 • MOU dgn MARA tahun 2004 • Bkn internet mahupun direct selling • Bimbingan, latihan dan seminar diberikan secara percuma Benefit: • Mempunyai pencen • Bisnes bole diwarisi • Tabung kereta • Pakej percutian • Bonus sebyk 67% diberikan oleh sykt, selebihnya diberi dlm bentuk percutian. Jika berminat sila contact saya di Tel : 013-5218910 E-mail : zamie80@yahoo.com Tidak rugi MENDENGAR DULU business strategi ni..hehhehehe |