|
Tuesday, February 03, 2009
Cerita Saving "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan Solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai Solat Jumaat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)" (Surah al-Jumuah, ayat 9 -10). Sebagai hamba allah kite rasa bersyukurrrrrr sgt2 atas rezeki ini. Alhamdulillah. Heharap makin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Sebagai manusia , inilah reaksi kite…. Joget lambak! Cik adik dan cik abang Ehem. Over lak. Malu i;p Konsepnya. Nak pandai menari tgk la Adam, buat apa tgk mawi. Dlm konsep bkn AF nak berjaya tgk la org berjaya bkn tgk yg tak berjaya. Tak. I'm sooooo not into AF7. Dari layan konsert AF baik kite beronline shopping. Am not selling product. Tp cam kite ckp focusing on buat saving:) _________________________________________________________________________________________Advert On TV3 Have you seen bioaura advert on tv3? Kalo belom sila la tgk. Kak Siti pelakonnya, bkn lagik azizah ariffin. Heheheh. Jgn ragu2 lagi about the stability of the company. Smalam kak siti tanya "cerdik ke kurang cerdik company bagi 67% bonus pada kita pengedar??" Hall "…." K.Siti " Hall "KURANG CERDIKKKKKKK" K.Siti "Cerdik ke tak cerdik kite kalo kite tolak peluang ini?" I can only sengih kerang busuk;p. Am planning to go outside kl/selangor to expand my network. Berharap semoga jadi. Btw,should anyone think of getting/testing bioaura korang bole contact saya iaitu cik zam;). Kalau ada tak minat selling tp interested in generating saving lagiiiiiii bole contact saya cik zam;p. Sbb saya pon tak suke menjual. I suke duit, duit dan duitttt aje.hohohoho. 20 Things Rumah saya sudah ada streamyx.Yeayyyyy! Rumah saya as in mmg rumah saya..wohooo. alhamdulillah last week dah setel deposit. 2 3 bulan ni akan mula kene baya installment. Bab ni sungguh tak wohooooooo. Tp dah bole slash out satu 2009's wishes. Utk merasmikan entry blog dr wireless umah nih, bersemangat la kite nak bercerita pasal part time ktie. Jgn bosan ok..heheheheh. 1. Takde masa nak buat 2. Satu je tak suka. Nak kena pegi kelas semua 3. Promote mcm nak cari downline jer 4. Tak nak la dgr. Biasa la bende nih. Kalo dgr sure terpengaruh.
Jadi mcm mana pulak hidup bole stabil jika diri sendiri and sekeliling semua berubah? 7. 8. KPDN tgh siasat 9. Dah ramai org fail. Tak nak la buat Dulu mak kite slalu ckp "Belaja jer. Janji usaha. Dah byk usaha mesti Allah pon nanti kesian. Ni kalo dah malas, allah pon malas nak tlg" (Tak berprasangka dgn allah, tp konsepnye gitu la).
Company mmg ada building sendiri. Dah wujud sejak 35 taun dulu. Listed in papan utama bursa saham Billboard lebih drpd 50 di sepanjang PLUS. Bukan duduk di luar pagar tp di dlm pagar PLUS. Beratus ribu utk billboard tu semua.Tun musa hitam is the penasihat. How do you define a stable company? 11. Ni mesti multilevel So bebalik pada multilevel. Rasanya sume bende yg kite buat dlm dunia ni sume kene babitkan org lain. Dlm company structure tu sendiri. Kite menjadi downline pada muthu dan superdownline ah tat..hoohohohho. 13 Ni mesti system pyramid 14. Mesti nak suh jual brg Kite ditrain utk jadik usahawan bukan pengedar. Matlamat kite bukan direct selling tp smart saving. 15. Nak muntah tgk cek ko 16. Wah ko ni semangat MLM laaa And alhamdulillah 1 taun sblm 30 kite dah diintroduce dgn bende ini. Tp kene la berkerja ke arah biz yg stabil:D. Barang makin lama makin mahal. Gaji makin lama makin tak tau naik ke tak. Kot naik pon sket je. Economy plak tak tentu arah. Maka secara afdalnye kite pon buat la part time nih. Lagik mudah dr amik gamba org kawin..heheheheh.. 17. Malas 18.Org kerajaan tak bole buat ni Lupe nak ckp Tun Pak Lah ckp masa 2007 kalo tak silap, ni la platform terbaik utk melayu jadi usahawan. Oh lupa jua nak ckp, najib pon ada related ngan bende nih. Sbb ayah dia tun razak dulu yg initiatekan program integrasi msia-china. :D 19. Kacau org
Kalo ada apa2 persoalan, bole la dititipkan ke email zamie80@yahoo.com. Promote jgn tak promote. Bisaaaaa Living a sweet life
Pada fina kronologi kehidupan sepatutnye lebih kurang begini Last week, I was asking Ppl if you want to taste zafirah's cuppies, do inform. She might give u good deal since she's doing it for fun (rasanya la..hahahah)
Life is short so live it sweet! Yok! Friday, January 30, 2009
Entry panjang Part 2 Tassawuf
Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari
perspektif masya Firman Allah di dalam
surah An-Nisa ayat 103, “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang
diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” Mencari seorang
pasangan hidup lelaki atau wanita yang bersolat pada hari ini bukan suatu
perkara mudah. Untuk seseorang yang mementingkan nilai agama di dalam proses
pemilihan pasangan hidup, pasangan yang bersolat selalunya akan menjadi
keutamaan. Rasulullah bersabda,
“Tegaknya Islam itu atas Hanya agama dapat
menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Justeru, demi kebahagiaan hidup
rumahtangga yang berpanjangan, calon pasangan hidup seharusnya dipilih dari [2] Di dalam hal ini solat merupakan salah satu tiang agama. Katakan selamat tinggal
kepada mereka yang tidak mementingkan solat. Katakan anda mahu kesejahteraan
rumahtangga dan keredhaan tuhan. Katakan kepada mereka bahawa Rasulullah pernah
bersabda, “perjanjian antara kita (muslim) dan mereka (orang kafir) adalah
solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah kafir.”[3] Tuhan telah menjanjikan
ganjaran-ganjaran hebat kepada mereka yang berusaha menjaga solat. Rasulullah
telah bersabda, “Sesiapa yang menjaga solat yang Solat juga membentuk
sikap baik pada diri seseorang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 45,
“sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;” Pernah
sekali seorang lelaki telah dilaporkan bersolat di malam hari, tetapi mencuri
di pagi hari. Mendengar hal itu Rasulullah bersabda, “solatnya tidak berapa
lama lagi akan menghentikannya dari (dosa) yang dikatakan.”[5] Solat adalah penghapus
dosa-dosa kecil. Rasulullah pernah keluar bersama Abu Zar di suatu musim sejuk.
Pada masa itu dedaun berguguran. Beliau lalu memegang dahan sebatang pokok dan
dedaun dari dahan tersebut mula gugur. Kemudian beliau bersabda kepada Abu Zar,
“apabila seseorang Islam itu menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah,
dosanya gugur seperti gugurnya dedaun ini dari pokok.”[6] Usaha menjaga kualiti
solat juga termasuk menyegerakan solat apabila masuk waktu, mengutamakan solat
berjemaah, menyempurnakan rukun-rukun solat dengan baik dan sebagainya.
Beribu-ribu hadith telah direkodkan dalam menceritakan perihal solat daripada
Rasulullah. Semuanya tidak mungkin dapat dimuatkan di dalam artikel ini. Kualiti solat juga
dapat ditingkatkan dengan usaha mencari kekhusyukan. Firman Allah di dalam
surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 2, “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya” Imam Ghazali telah
mengariskan panduan komprehensif di dalam Ihya Ulumuddin sebagai panduan kepada
mereka yang . Solat juga dapat
menghilangkan stress. Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada
Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat.”[7]
Justeru, mereka yang komited dengan solat telah pun dilatih untuk bertenang di
dalam menghadapi sebarang suasana stress. Keadaan minda yang terlatih ini amat
berguna di alam rumahtangga. Dari sudut sains, otak
mereka yang bersolat adalah lebih cerdas daripada yang tidak bersolat. Menurut
seorang pakar, Win Wenger[8] di dalam bukunya How to Increase Your
Intelligence[9], aktiviti membalikkan badan dari atas ke bawah meningkatkan
kadar oksigen di otak, secara tak langsung meningkatkan kemampuan otak. Umat
Islam melakukan pergerakkan ini sekurang-kurangnya 34 kali setiap hari dengan
sujud![10] Bukankah semua orang inginkan pasangan hidup yang bijaksana? Sebagai permulaan untuk
memperbaiki kualiti solat, berusaha untuk cemerlang di dalam mengerjakan solat
dan memahami falsafah solat, seseorang harus mempelajari teknik solat yang
betul dari sumber yang benar. Di internet, laman web yang boleh dijadikan
rujukan adalah seperti di panduan solat di laman [11]
dan klip-klip video tentang [12]
di . Sebahagian bab tentang terdapat di laman web . Di dunia nyata, kursus-kursus seperti yang dianjurkan oleh [13]
dapat memantapkan lagi pengetahuan seseorang tentang solat. Walaupun jika kita
bersolat dengan baik, belum tentu “kerja mencari” si dia akan menjadi lebih
mudah. Namun, dengan menjaga solat, kita akan memudahkan si dia menjumpai kita.
Siapa yang tak nak kahwin dengan orang yang menjaga solat? rakat Islam moden. Di ruangan kaunseling
Dang Setia akhbar Metro Ahad, 5 Ogos 2007, seorang guru wanita telah menulis
menyatakan kebingungannya terhadap calon suami yang tidak tahu mengaji
Al-Quran. Menurut guru yang berusia 25 tahun itu, bakal suaminya pada luaran
nampak sempurna tetapi baru-baru ini barulah diketahui bahawa beliau tidak
lancar membaca dan masih belum khatam Al-Quran. Pendapat Dang Setia
benar. Seseorang yang belum mahir membaca Al-Quran seharusnya berusaha
mempelajari bacaan Al-Quran. Bukan setakat membaca, malah jika mampu perlu
mengkaji Al-Quran secara serius dan konsisten setiap hari. Walaupun mungkin
masa yang diperuntukkan untuk pembacaan dan kajian sekadar setengah jam setiap sehari,
ia perlu dilakukan berterusan. Aisyah r.a. pernah menyatakan bahawa, “amalan
yang paling disukai oleh Rasulullah adalah amalan yang dikerjakan secara
terus-menerus.” [1] Artikel-artikel tentang
kelebihan dan kehebatan Al-Quran pernah disiarkan sebelum ini. Secara
keseluruhannya Al-Quran dapat mengeluarkan seseorang daripada kegelapan kepada
kehidupan yang lebih bercahaya. Firman Allah di dalam surah Tallaq ayat 11,
“(Diutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu
ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan
orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari
gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk).” Al-Quran dapat memberi
manfaat kepada pembacanya di dunia dan di akhirat. Di dalam sebuah riwayat
Rasulullah telah berkata, “sesiapa yang pandai membaca Al-Quran ia akan
dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia. Sesiapa yang membaca Al-Quran
tetapi tersekat-sekat dan bersusah payah akan memperolehi dua pahala.” [2] Menurut Sheikhul Hadith
Muhammad Zakariyya, seseorang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Quran
akan mendapat dua ganjaran kerana dia telah menanggung susah payah di dalam
mempelajari dan membaca Al-Quran. Namun, ini tidak bermaksud bahawa beliau akan
memperoleh ganjaran melebihi orang yang mahir di dalam membaca Al-Quran.
Ganjaran orang yang mahir adalah amat besar sehinggakan akan dikumpulkan
bersama para malaikat. Justeru, jangan kita meninggalkan Al-Quran dengan alasan
ia susah dibaca atau kerana bacaan kita tersekat-sekat. Di dalam riwayat
Tirmizi, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada
kitab Allah, maka dengannya ia memperoleh satu hasanah dan bagi satu hasanah
itu bersamaan dengan sepuluh kali ganda pahala. Aku tidak berkata alif-lam-min
itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf.” [3]
Di dalam riwayat lain
oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang menjaga
solat-solat fardhu tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai.
Sesiapa yang membaca seratus ayat pada satu malam tidak akan dimasukkan di
kalangan orang-orang yang lalai.” [4] Namun, sebaik-baik
pembacaan Al-Quran adalah apabila kita membaca sambil memahami maksud Al-Quran.
Seterusnya mengamalkan apa yang diperintahkan oleh ayat-ayat yang kita fahami
itu. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak dapat dipisahkan
dengan Al-Quran? Di dalam keadaan diri
yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan
hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang
romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai.
Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju. Di dalam keadaan ini,
seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan
mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin.
Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih.
Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh
digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema. Di dalam surah Luqman
ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” Telah jelas, hampir di
dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam
alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah
Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku
(dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.” Pada zaman nabi, anak
kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri
yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak
menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a.
mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada
Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar
r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu
Daud sebagai hadith hassan sahih. Di dalam sebuah hadith
lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan
berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.”
Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua
adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan
atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di
tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan
yang besar kerana seorang kekasih hati? Di dalam sebuah hadith
riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi
besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?”
Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang
masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut
tidak masuk syurga.” [3] Justeru, adalah menjadi
satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri
menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan,
bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu
bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza. Setelah itu, barulah
dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, dan
tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di
hadapan. Apabila seorang Datuk
Bendahara berkata kepada sultan, “patik kurang periksa, tuanku,” ia tidak
bermaksud beliau sebagai orang besar tidak mempunyai kapasiti untuk memeriksa
sesuatu hal. Ia secara tersirat bermaksud, “aku tak tahulah!” Jika seorang ayah
berkata kepada satu rombongan peminangan, “anak saya baru saja habis belajar,
belum pun dapat kerja lagi,” ia bukan bermaksud beliau menyuruh rombongan itu
datang semula selepas anaknya mendapat pekerjaan. Ia secara tersirat bermaksud,
“aku rasa anak aku tak sesuai kahwin dengan anak engkau.” Dua orang
insan dari myJodoh yang bertemu dan berbual panjang untuk kali pertama sudah
tentu mempunyai harapan yang tinggi. Ketika salah seorang berkata, “saya masuk
myJodoh ini bukan untuk cari jodoh pun, tetapi untuk menambah kenalan,” ia
tidak memberi maksud beliau tidak berniat untuk berkahwin atau main-main
menyertai myJodoh. Ia secara tersirat bermaksud, “aku memang nak kahwin, tetapi
bukan dengan engkau, engkau ok untuk dijadikan seorang kawan sahaja.” Ini adalah
bahasa-bahasa tersirat yang sering digunakan agar tidak melukakan pihak lain.
Masalah sering timbul apabila mesej yang Jika mesej
tidak diterima dengan betul, sultan tadi mungkin berkata, “kalau kurang
periksa, pergilah periksa sampai habis.” Jika mesej tidak
diterima dengan betul, pihak rombongan meminang tadi mungkin berkata,
“bertunanglah dahulu, nanti dah dapat kerja, kahwinlah.” Jika mesej tidak
diterima dengan betul, salah seorang pasangan yang bertemu tadi mungkin
berkata, “ceh! dia ni tak serius, jahat, buat apa orang macam ni dalam myJodoh?
Main-main saja! Kenapa dalam myJodoh banyak orang macam ni?” Bahasa-bahasa tersirat
ini banyak digunakan setiap hari, banyak didengari tetapi tidak difahami. Untuk
menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu
melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi
renung! Antara latihan yang
paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah di dalam
surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami
satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).” Al-Quran
hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem
kehidupan manusia dan alam. Tidakkah anda berasa pelik apabila Kamus Dewan
lebih tebal dari kitab Allah? Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat
untuk manusia berfikir. Its compact yet complete. Dengan berpandukan
hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi
sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam
masalah manusia dan alam. Sudah tentu, proses
merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan
sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai
tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami,
rujukkan perlu dilakukan segera. Di internet, anda boleh bertanya masalah
tafsir dengan warga Al-Ahkam () atau dengan Dr Danial Zainal Abidin () Kajian juga perlu
dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan
dalam masa satu malam. Ingat, anda sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai
dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Di dalam Tafsir
At-Tabari, Imam At-tabari telah merekodkan kenyataan Ibnu Mas’ud, bahawa beliau
dan para sabahat dahulu mempelajari tidak lebih dari sepuluh ayat Al-Quran
setiap kali, mereka tidak akan melampauinya sebelum betul-betul memahami secara
benar maknanya dan mengamalkannya. </end of article best> Ye bagi kawan² yg
berjaya membace sehingga ke “perkataan” ini, apa yg kamu sume dpt dr article di
atas. Apa yg kite dpt simpulkan ialah - Niat baik utk buat
sesuatu tu perlu. Tp niat tka menghalalkan cara. Hati mesti mau bersih baru
dilorongkan allah senang nak buat sesuatu. Hijrah lebih mudah jika diserta dgn
niat yg betul - Fardhu ain bukan
setakat semayang puasa zakat haji. Membersihkan ati juga merupakan tuntutan
agama dan fardhu ain. - Tak elok mengeji kaum
perempuan sebagai andartu. Kerana itu adalah rahmat allah kepada mereka yg
single mingle;p - Allah suke pada org
yg berdoa kepadanya. Maka rajin2 la berdoa. Tp dlm berdoa apa yg disuruh buat
la - Baru tau ayam
berkokok tu ada paedah. Kalo tak kite rasa die buat pencemaran bunyi jer. So
sila bersiap sedia dgn wish list. Ayam berkokok jer, tadah la tgn:D - Alquran tu bukan
perhiasan. Mari bace sampai kenyut. - Ayah/Lelaki bole
jadik seorang yg puitis kerana perckpannya bkn hanya tersurat. Perlu ditafsir
yg tersirat. - Beb. Bro. Semayang tu
rukun. Semayang tu wajib. Mari jgn tuang semayang. Rasulullah ckp “solatnya
tidak berapa lama lagi akan menghentikannya dari (dosa) yang dikatakan.”[5].
Mari jaga solat supaya yg lain-lainnya akan ikut terjaga. Mak kite dramatic. Die
suka kate “ni nak jadik apa nih.kamu tau tak yg
tak semayang tu kambing lembu <etc>. Makan tido makan tido. Tak payah
semayang. Nak jadik kambing?? Nak jadik lembu?” .
Emo Korang ingat kite nak
komen pasal jodoh? Silap. Lebih drpd hal jodoh dpt disimpulkan drpd article
nih;p. Yg kite nampak paling byk mention is pasal semayang. So mari semayang ;p Bestkan lagu o teganya? Entry panjang Part 1 Hari ini hari jumaat. Jumaat merupakan penghulu segala hari. Org kate jumaat adalah antara hari yg paling afdal utk berdoa. Kalo org meninggal hari jumaat org mesti ckp "elok die meninggal hari jumaat." Jumaat juga merupakan hari wajib bagi lelaki(yg bersembahyang) yg bukan musafir dan juga sihat walafiat utk ke masjid pada waktu zohor utk bersemayang jumaat. Pendek kata jumaat adalah satu hari yg hebat. Hebat kerana esok tak yah keje yehaaaaa ~menari ala sinchan~ Maka sempena ari jumaat ni kite tlh letak lagu baru utk blog nih. Dan juga kite dpt satu article yg kite rasa amat bebaloi utk dibace. Maka sila la membace sambil menikmati lagu o teganya. OST Lost in Love sambungan eifle I'm in love. Mari la kite tazkirahkan diri masing2 sempena jumaat yg mulia ini. Yok yok bace ye…. <article best>Segalanya Bermula Dengan Niat Suatu ketika dahulu, seorang lelaki di Mekah telah meminang seorang wanita di Madinah yang bernama Ummu Qais. Wanita itu enggan berkahwin dengan lelaki tersebut kerana mereka tinggal berjauhan. Menurut sebuah keterangan, wanita itu telah berkata, "Bagaimana engkau hendak berkahwin denganku kerana engkau tinggal di Mekah dan aku tinggal di Madinah. Sekiranya engkau mahu berkahwin dengan aku, marilah berpindah ke Madinah."[1] Semasa peristiwa hijrah masih berlaku, lelaki itu berpindah bersama-sama para sahabat ke Madinah, tetapi dengan niat yang berbeza. Mengetahui perihal tersebut, Rasulullah telah menegur secara terang-terangan niat lelaki itu. Menurut Umar Al-Khattab, beliau telah mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan."[2] Walaupun terdapat perbezaan perjalanan hijrah sahabat Rasulullah dengan perjalanan mencari si dia, namun setiap perjalanan perlu dimulakan dengan niat yang betul. Di dalam perihal berkahwin, niat seseorang sepatutnya adalah mengharapkan keredhaan Allah. Bukan untuk "bercouple" atau untuk mempunyai seorang teman istimewa. Bukan kerana ingin bersuka-suka atau ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Bukan juga kerana putus cinta atau sedang dilanda kekecewaan. Bukan pula kerana mendapat desakkan dan tekanan daripada sahabat handai dan kaum keluarga. Allah berfirman di dalam surah An-Nur ayat 32, "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan." Ia merupakan satu saranan kepada semua umat Islam supaya berkahwin, walaupun tidak berkemampuan. Pada surah yang sama, di ayat 33 Allah kemudian menegaskan, "Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya". Allah telah menyuruh hambaNya yang berniat untuk berkahwin agar menjaga kehormatan sekiranya tidak berkemampuan dan bersabar sehingga dikurniakan kekayaan daripadaNya. Lazimnya seseorang yang berniat untuk berumahtangga kerana Allah akan menerima dengan hati terbuka siapa sahaja yang mendatang. Asalkan yang mendatang itu menepati ciri-ciri yang disarankan oleh agama dan setelah beliau telah melakukan istikharah dengan betul. Alam percintaan dan berkasih sayang hanya wujud selepas ikatan sah terjalin. Sebaliknya jika niat perkahwinan adalah semata-mata memenuhi tuntutan duniawi, sudah tentu pelbagai faktor seperti alam percintaan, rupa paras, kerjaya, gaya, fesyen, wang ringgit, hobi waktu lapang, perasaan hati dan sebagainya akan menjadi persoalan. Semua persoalan perlukan jawapan. Semua jawapan perlukan penilaian. Semua penilaian mungkin akan memakan masa yang panjang dan kadang-kala menimbulkan persoalan baru. Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain. Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama. Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar." [2] Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?" Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, "Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!" sebanyak tiga kali. [3] bahawa Islam menyarankan . Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama? Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.Malangnya, ramai mengambil mudah frasa "fardhu ain." Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, "Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya." [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain. Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa .. Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap. Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w. Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain. Antara kitab-kitab yang menyatakan teknik-teknik ini adalah Bimbingan Mukminin. Kitab ini ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang telah disaring dan disemak semula oleh para ulama.[2] Tassawuf Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari perspektif masyarakat Islam moden Kenapa Masih Belum Berumahtangga Mungkin anda pernah diajukan soalan , "kenapa masih belum berumahtangga lagi?" Jawapan yang lazim diberi adalah, "Tidak ada jodoh lagi.." Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai .. Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, "Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, "Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya." Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan "sesuatu yang terbaik", kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan "sesuatu yang terbaik" kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu. Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, "kenapa masih belum berumahtangga lagi?", jawapan yang sesuai adalah, "semua ini adalah rahmat Allah." Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja? Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu. Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, "Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya." Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10" [1] Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, "Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. " Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata. Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;" Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, "kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan" sebaliknya tanyalah diri sendiri "apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia." Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita. Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, "..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. " Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur. Menurut An-Nu'man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , "Doa itu termasuk ibadah," lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, "Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa." [2] Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan : 1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak." [3] 2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4] 3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka." [5] 4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu." [6] 5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan." [7] 6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, 7. Ata Bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan." [9] 8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan." [10] 9. Hadith dari Abu Hurairah, "Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu." [11] Wednesday, January 28, 2009
nnnnnoknonal “mummyyyyy..nnnnnoknonal!!!” Kereta
makin bergerak jauh meninggalkan nnnnnoknonal. Die menung melihat nnnnnoknonal
makin hilang dr pandangan. “babai nnnnnoknonal” sambil melambai Dramatik
sekali. Dia peminat tegar nnnnnoknonal. Kita harap die tabah tak masuk nnnnnoknonal
utk tak tau sampai bile. Nnnnnoknonal
= mcdonald Dan
kita yg duduk diblakang tetibe teringat choc sundae mcdonald yg kite mmg suke
giler itu. Kite tak makan sgt mcd. Kita gi
|
|
Info: • Syarikat sudah 34 thn in the market • Anugerah 200 SMI TERBAIK Asia Pasifik •Sykt dlm BSKL sejak 6 Dec 1996 (1st Board Okt 2007) • Anugerah Perdana Menteri Gerak Usahawan Nasional 2007 • MOU dgn MARA tahun 2004 • Bkn internet mahupun direct selling • Bimbingan, latihan dan seminar diberikan secara percuma Benefit: • Mempunyai pencen • Bisnes bole diwarisi • Tabung kereta • Pakej percutian • Bonus sebyk 67% diberikan oleh sykt, selebihnya diberi dlm bentuk percutian. Jika berminat sila contact saya di Tel : 013-5218910 E-mail : zamie80@yahoo.com Tidak rugi MENDENGAR DULU business strategi ni..hehhehehe |